7 tip ketika anda melakukan persediaan untuk majlis perkahwinan anda



Jika anda sedang melakukan persediaan untuk majlis perkahwinan anda, anda boleh baca 7 tip di bawah untuk pastikan persediaan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancer.

Jangan percaya pada janji mulut seseorang. Kemungkinan besar perjanjian yang hanya di lakukan berdasarkan janji mulut tanpa ada bukti yang nyata sebagai sokongan akan berakhir dengan si pembuat janji tidak tunaikan janjinya. 

Jangan tangguh – tangguhkan perkara yang anda ingin lakukan kerana masa tidak boleh di undur. Melakukan kerja pada saat terakhir pasti akan beri tekanan pada anda dan kebanyakan perkara yang anda rancang tidak akan menjadi jika anda lakukannya pada saat terakhir.

Jangan sediakan sesuatu yang berada di luar kemampuan bajet anda kerana ia akan beri tekanan pada anda. Majlis perkahwinan adalah majlis yang sepatutnya menjadi saat yang menyeronokkan dan perbelanjaan yang melebihi bajet akan menyebabkan anda tidak ingat untuk rasa seronok ketika berada di majlis itu nanti.

Jangan buat keputusan terburu – buru. Dapatkan pandangan dari ahli keluarga, pasangan dan rakan – rakan sebelum anda membuat sesuatu keputusan.

Untuk lebih teratur, anda berbincanglah dahulu dengan mereka yang ada pengalaman melangsungkan majlis perkahwinan dan dapatkan gambaran dengan jelas apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Dahulukan perkara – perkara yang penting seperti makanan, tempat majlis berlangsung dan undangan majlis. Perkara – perkara sampingan seperti pelamin dan sebagainya anda jadikan ia perkara terakhir untuk anda fikir. Apabila anda selesaikan perkara utama seperti makanan dan tempat majlis berlangsung, anda akan rasa selesa untuk merancang set pelamin yang cantik untuk anda bersanding nanti. Jika tidak, anda akan rasa tertekan kerana perkara utama masih tidak di selesaikan lagi.

Simpan wang kecemasan sebanyak RM 2000 sehingga RM 5000k. Biasanya pada hari majlis berlangsung, anda pasti perlukan dana tambahan. Jadi, lebih baik anda simpan dan asingkan wang kecemasan ini daripada bajet persediaan.