Berikut adalah perkara yang boleh merosakkan majlis perkahwinan anda.
• Apa yang anda rancang tidak menjadi di sebabkan kecuaian anda ketika melakukan follow up. Ingat, jangan percaya pada janji mulut. Jika anda menempah makanan daripada katering, pastikan anda sentiasa follow up dua minggu dari tarikh perkahwinan. Jangan kerana anda telah tempah perkhidmatan mereka sebulan lebih awal, anda percaya bulat – bulat mereka akan lakukan kerja mereka. Pastikan anda lihat mereka take action.
• Adanya campur tangan dari pihak luar yang ingin menguruskan majlis perkahwinan anda mengikut kepalanya sahaja. Peristiwa ini selalu terjadi apabila saudara dari jauh datang ke rumah anda dan terus lakukan sesuatu tanpa berbincang dengan anda. Untuk atasi perkara ini, anda tetapkan siap – siap kerja yang mereka perlu lakukan jika mereka ingin menolong anda.
• Anda tidak perhatikan keadaan cuaca. Jika majlis perkahwinan anda berlangsung pada musim hujan, lebih baik anda langsungkan ia di tempat yang tertutup atau pastikan khemah yang anda tempah boleh lindungi pengunjung majlis anda daripada tempias hujan.
• Anda tidak atur jadual majlis perkahwinan dengan baik sehinggakan keadaan jadi kelam kabut. Senaraikan semua perkara yang anda perlu lakukan pada hari perkahwinan dan penuhi setiap perkara tersebut tepat pada masanya. Jika anda tidak ada masa untuk uruskan perkahwinan anda, pastikan anda serahkan tugas pada orang yang tepat.
• Duit anda habis ketika majlis perkahwinan anda berlangsung. Pastikan anda ada dana ketika majlis perkahwinan berlangsung supaya ia boleh berlangsung dengan lancar.
• Anda kehabisan makanan untuk tetamu yang hadir. Pastikan bilangan tetamu yang anda jemput bertepatan dengan jumlah makanan yang telah anda tetapkan. Untuk lebih jimat, lebih baik anda masak sendiri daripada anda tempah di katering.
• Anda lewat melakukan persediaan sehingga banyak perkara anda terpaksa abaikan untuk memastikan majlis perkahwinan tetap berlangsung.
Ketujuh – tujuh perkara di atas merupakan perkara yang boleh menyebabkan majlis perkahwinan anda menjadi suram atau rosak. Jadi, perhatikan ketujuh – tujuh perkara di atas supaya ia tidak akan berlaku.




Posted in: