Perkhidmatan wedding planner memang nampak akan memudahkan urusan majlis perkahwinan anda. Namun, adakah perkhidmatan ini benar – benar berbaloi untuk anda gunakan. Ia akan jadi berbaloi jika anda memang seoarang yang sibuk dan tidak ada masa langsung untuk menguruskan hal perkahwinan anda manakala ia akan jadi tidak berbaloi jika anda tidak ada wang yang banyak kerana biasanya perkhidmatan wedding planner adalah mahal dan anda hanya akan dapat majlis yang biasa – biasa sahaja jika anda tidak ada wang yang banyak untuk bayar perkhidmatan wedding planner tersebut.
Selain wang yang banyak di perlukan jika anda ingin majlis yang meriah, anda perlu ingat tidak mudah untuk mencari seorang wedding planner yang benar – benar boleh bekerja untuk anda. Wedding planner yang professional akan sentiasa mendengar pendapat dari anda dan dia akan ikut rancangan yang anda mahu manakala wedding planner yang tidak professional akan ikut kepala dia sahaja. Malangnya di Malaysia ramai wedding planner yang bersikap tidak professional. Mereka lebih cenderung melakukan sesuatu yang berpihak pada mereka sahaja. Maksudnya mereka malas untuk bekerja lebih tetapi mahukan bayaran.
Walaubagaimanapun, perkhidmatan wedding planner ada juga kebaikannya kerana mereka boleh datang dengan satu pakej iaitu pelamin , khemah majlis perkahwinan, khidmat katering, khidmat Andaman, baju pengantin dan DJ. Jadi, apabila anda gunakan perkhidmatan wedding planner, anda tidak perlu berfikir terlalu banyak kerana semuanya telah anda. Namun, semua kelengkapan dalam satu pakej juga akan beri anda risiko yang tinggi kerana jika wedding planner tersebut tidak berjaya menyiapkan perkhidmatannya, anda juga yang akan rugi.
Jadi, sama ada berbaloi atau tidak untuk anda dapatkan perkhidmatan wedding planner, anda tentukan berdasarkan situasi semasa anda. Jika anda terlalu sibuk, anda boleh dapatkan perkhidmatan mereka untuk memudahkan urusan anda. Di samping itu, anda perlu sentiasa follow up supaya anda lihat mereka buat kerja. Pastikan anda memilih wedding planner yang ada latar belakang yang baik dan tidak pernah menipu.
Jika anda ada masa, lebih baik anda uruskan sendiri majlis perkahwinan anda kerana ia akan menjadi kenangan anda sepanjang hayat.




Posted in: