Anda ada masalah modal untuk berkahwin ? Di sini ada penyelesaiannya.



Jika anda ada masalah modal untuk berkahwin, di bawah saya ada sediakan beberapa cadangan atau tip untuk anda ikut. Semoga senarai tip yang saya senaraikan boleh membantu anda untuk mencari modal untuk majlis perkahwinan anda.

·         Jika anda ingin mencari modal untuk majlis perkahwinan anda, anda perlu ada rancangan untuk melakukannya. Ambil satu kertas dan rancang bagaimana hendak mencari wang tambahan. Anda senaraikan semua kerja atau cara untuk cari wang yang anda tahu. Selepas itu, anda tentukan jenis kerja atau jenis cara untuk cari wang yang anda akan aplikasikan untuk mencari modal untuk majlis kahwin anda nanti. Aplikasikan jalan yang anda pilih sehingga berjaya.

·         Buat pinjaman peribadi daripada bank tetapi dalam masa yang sama anda cari kerja tambahan untuk cari wang tambahan. Jangan tunggu selepas kahwin baru anda cari wang untuk lunaskan hutang anda itu atau anda biarkan sahaja wang di potong melalui gaji anda. Anda perlu faham majlis kahwin bukanlah harta atau aset. Jadi, elakkan ia daripada di tanggung pinjaman kerana pinjaman mempunyai kadar interest yang merugikan anda di masa akan datang.

·         Jangan cari kerja part time yang memenatkan jika anda seorang yang bekerja di pejabat. Bekerja di pejabat biasanya lebih banyak menggunakan akal fikiran. Jadi, apabila anda lakukan kerja part time yang menggunakan tenaga, anda akan rasa tidak bermaya dan penat untuk kerja dalam masa yang lama. Lebih baik anda pilih kerja part time yang menggunakan akal fikiran juga seperti jadi part time kerja jual kereta, jual insurans atau agen pinjaman peribadi.

·         Anda keluarkan modal dan cari dua hingga tiga orang business partner dan mulakan bisnes. Jika anda tidak percaya pada business partner, anda mulakan perniagaan sendiri.
·         Mohon kerja lebih masa atau kerja tambahan dari syarikat anda. Kadangkala ada syarikat yang menyediakan kemudahan untuk pekerjanya mencari duit lebih. Anda boleh siasat jika anda mahu.

Semoga anda berjaya mencari modal yang cukup untuk majlis perkahwinan anda. Jangan tertekan ketika mencari modal. Biarkan wang yang tentukan majlis kahwin yang bagaimana anda akan langsungkan, bukannya majlis kahwin yang tentukan modalnya.
Anda nak belajar duit part time walaupun sedang bekerja? Klik banner dibawah.