Jika anda ada masalah modal untuk berkahwin, di bawah saya
ada sediakan beberapa cadangan atau tip untuk anda ikut. Semoga senarai tip
yang saya senaraikan boleh membantu anda untuk mencari modal untuk majlis
perkahwinan anda.
·
Jika anda ingin mencari
modal untuk majlis perkahwinan anda, anda perlu ada rancangan untuk
melakukannya. Ambil satu kertas dan rancang bagaimana hendak mencari wang
tambahan. Anda senaraikan semua kerja atau cara untuk cari wang yang anda tahu.
Selepas itu, anda tentukan jenis kerja atau jenis cara untuk cari wang yang
anda akan aplikasikan untuk mencari modal untuk majlis kahwin anda nanti.
Aplikasikan jalan yang anda pilih sehingga berjaya.
·
Buat pinjaman peribadi
daripada bank tetapi dalam masa yang sama anda cari kerja tambahan untuk cari
wang tambahan. Jangan tunggu selepas kahwin baru anda cari wang untuk lunaskan
hutang anda itu atau anda biarkan sahaja wang di potong melalui gaji anda. Anda
perlu faham majlis kahwin bukanlah harta atau aset. Jadi, elakkan ia daripada
di tanggung pinjaman kerana pinjaman mempunyai kadar interest yang merugikan
anda di masa akan datang.
·
Jangan cari kerja part time
yang memenatkan jika anda seorang yang bekerja di pejabat. Bekerja di pejabat
biasanya lebih banyak menggunakan akal fikiran. Jadi, apabila anda lakukan
kerja part time yang menggunakan tenaga, anda akan rasa tidak bermaya dan penat
untuk kerja dalam masa yang lama. Lebih baik anda pilih kerja part time yang
menggunakan akal fikiran juga seperti jadi part time kerja jual kereta, jual
insurans atau agen pinjaman peribadi.
·
Anda keluarkan modal dan
cari dua hingga tiga orang business partner dan mulakan bisnes. Jika anda tidak
percaya pada business partner, anda mulakan perniagaan sendiri.
·
Mohon kerja lebih masa atau
kerja tambahan dari syarikat anda. Kadangkala ada syarikat yang menyediakan
kemudahan untuk pekerjanya mencari duit lebih. Anda boleh siasat jika anda
mahu.
Semoga anda berjaya mencari modal yang cukup untuk majlis
perkahwinan anda. Jangan tertekan ketika mencari modal. Biarkan wang yang
tentukan majlis kahwin yang bagaimana anda akan langsungkan, bukannya majlis
kahwin yang tentukan modalnya.
Anda nak belajar duit part time walaupun sedang bekerja? Klik
banner dibawah.









